Sunday, October 23, 2011

Kek Batik Experiment

Assalamualaikum :D

Tajuk kemain lagi kan :P Hehe. Sebenarnya, dah seminggu gaklah terfikir nak buat kek batik, sebab ada orang buat untuk open house & one of my friends, Aina, teringin nak kek batik ni. Lepas dah planning & dah jumpa barang2 nak buat kek batik, akhirnya dapat jugak buat harini. Alhamdulillah :) Kalau nak diikutkan, dulu masa buat Pre-Med kat Kepala Batas, dah nak dekat 3 kali jugaklah buat kek batik, jadi bila dah lama tak buat, teringin gak nak makan :D Thank you Wanie sebab ajar wat kek batik ni dulu. Hehe :P

Nak dibuatkan cerita, sepatutnya, kek batik ikut resipi ni guna susu pekat, tapi saya tersalah beli plak. Pergi beli custard. Nak taknak kena pakai jugak sebab dah janji dengan Aina nak buat petang tu jugak. At last, ikut je kreativiti. Nasib baik menjadi. Air tangan ktorg ni :P Rasa dia mild sikit & lagi creamy :P Jadi kalau nak buat Kek Batik Experiment ni, jom tengok cara-cara nak buatnya :)

Bahan- bahan

  1. Milo (3-4 cawan) *Kalau ikut saya, saya tuang je milo banyak-banyak. Lagi banyak lagi chocolatey :P
  2. Butter (1 buku)
  3. Custard (1/2 tin)
  4. Gula (4-5 sudu besar, kalau nak kurang manis jugak, letaklah 3-4 sudu besar, kalau tak nak manis, tak letak pun takpe hehehe) *Kalau gantikan custard dengan susu pekat (original recipe), gula tak perlu letak sebab dah cukup manis. Custard tawar ouhhh)
  5. Biskut Marie/ Rich Tea Biscuit (~20 keping yang dipecahkan besar-besar)
Langkah-langkah
  1. Pastikan periuk/ kuali yang nak dipakai cukup besar/ dalam. Sebabnya masa nak gaul tu, susah kalau cetek.
  2. Setkan api slow je. Kalau pakai stove yang takde api tu, put on to 3.
  3. Masukkan butter & kacau sampai cair sepenuhnya.
  4. Bila butter dah betul2 cair, masukkan custard. Kacau sampai dua2 mix together.
  5. Masukkan gula. Kacau betul2 sampai gula larut.
  6. Masukkan milo sebanyak mana nak. Lagi sekali, lagi banyak milo, lagi chocolatey & lagi sedap + pekat. Kacau sampai biji2 serbuk milo dah kurang nampak & dah larut.
  7. Bila mixture dah agak smooth, masukkan biskut marie. Kalau biskut tu besar sangat, sambil kacau tu boleh pecah2kan lagi. Time ni kena betul2 make sure api slow sebab kita taknak kek batik tu hangit.
  8. Bila biskut dah bersalut dengan mixture tu, bolehlah keluarkan dari periuk & masukkan dalam bekas.
  9. Biarkan kek batik tu untuk cool kat luar dulu sebelum masukkan dalam fridge.
  10. Masukkan dalam fridge untuk beberapa jam untuk bagi kek batik sejuk & solid.

Ni satu buku butter yang dipakai.


Custard. Tak perasan dia tulis custard. Ingat susu pekat T___T


Gulaaaaa :)

Gambar Milo ni ihsan Google naa. Jangan pakai satu tin ni. 
Separuh make sense gaklah :P


Ni biskut marie. Sini takde biskut marie, ada rich tea biskuts. Rasa pun sama je.
(Btw, watermark gambar ni ada kat atas, saya tak delete. Minta izin pinjam gambar eh) :)


Cairkan butter. Steps2 lepas tu lupa lak nak amik gambar hahaha.


Ni step masa nak masukkan biskut. 


Yang ni kek batik yang baru dituang. Belum diratakan & disejukkan lagi :P 


Ni kek batik yang dah siap & disejukkan! :P

Senang je kan resipi ni :) Tak ada guna telur atau serbuk koko. Boleh boh2 je :P Hehe. Kalau suka resipi ni, bolehlah cuba :D