Thursday, October 20, 2011

Garda, Bandar & English Market [Cork City Centre, Ireland]

Assalamualaikum!

Yeaaaah! Mock exam dah habis! Penat puasa jap dari blogging. Tu pun kadang-kadang ada curi tengok hehehehhh T___T Esok saya takde kelas except petang tu, untuk lab. Jadi saya plan nak pergi Tesco! *Pergi Tesco pun excited ke?* Yaaaa, memang excited hahaha. Kalau nak shopping baik punya, agak kurang best lah kat sini. Adalah a few designer shops around the city centre, but memang takde tempat yang macam kat negara tanah tumpah darahku. Memang jangan expect bangunan-bangunan macam KLCC, Pavi, mahupun Sogo. Tak silap, kawan-kawan yang pergi Dublin pun kata takde shopping centre yang gempak-gempak. Maka sama-sama kita sayangi Malaysia :')

Yeaaaaa, apa tu GARDA? Garda tu sebenarnya adalah Polis kat Ireland ni. Disebabkan saya pelajar asing, maka terpaksalah apply untuk Garda Card kalau nak pergi jalan-jalan ke tempat-tempat di luar Ireland nanti. Kalau tak, tak pasal-pasal kena naik sampan lalu jalan laut nak pergi negara orang -___-'' Pada tarikh-tarikh tertentu, Garda ni dibuka untuk extended hours. Nak dibuat cerita, boleh pulak saya & kawan-kawan saya datang time Garda tutup untuk lunch. Bergulinglah kitorang duduk kat atas lantai, tunggu 2 jam. Memang rupa pendatang haram.

Sambil tunggu tu, sempat jugak buat kawan. Nama dia Sara, from China. Time tengah terjelepok atas lantai tu, saya pegang handout Biochemistry dalam tangan, konon belek-belek lah nak occupy masa. Dia nampak tertarik sangat dengan apa yang saya tengah baca time tu. Rupa-rupanya dia teringin nak amik medic, tapi atas sebab-sebab tertentu, dia kena amik course lain. Kalaulah dia amik medic, sure berjaya. Kat sini peluang memang banyak nak jumpa orang dari macam-macam negara. Tu salah satu perkara yang paling seronok kat sini. Dapat belajar budaya diorang & dapat poyo-poyo cakap bahasa dorang *apa yang tahu lah*. Kalau bahasa cina, sikit-sikit "Ni Hao Ma". Hahaha.

At last, pukul 2 tu Garda pun bukak balik. Nasib baik saya & kawan-kawan saya dah beratur siang-siang. Kalau tak, memang sampai ke Isya' pun tak sampai giliran; punya panjanglah line time tu T__T Rupa-rupanya, process nak buat Garda tu sekejap je. Saya memang ampu acik tu baik punya, tak nak bagi dia tension-tension. Haha. Alhamdulillah, dapat jugak Garda Card tu. Lepas ni boleh pergi travelling! Yippee! :D

Ni ada gambar-gambar yang diambil masa hari tu. Sambil pergi city nak buat Garda, sambil tu curi-curi amik gambar. Berpantun pulak ye saya :P Lepas dah buat Garda tu, saya & kawan-kawan saya pergi menjelajah English Market untuk cari bahan-bahan nak buat bihun Singapore! Yum! :D


Yang sebelah saya tu nama dia Ain :) 
Ada orang kata muka kitorang sama. 
Spec sama mungkin? 


Ni lah Garda Card tu :D Senyum nampak gigi hehehe :D


Menarik tak background? :D


Hari yang kitorang g City ni, ada dorang kutip derma untuk dogs for the blind.
Anjing tu besar-besar, tapi duduk diam je :)


Yang cun ni Nelly lah :P Hehe


Yang pendek & bulat-bulat ni saya lah :D


Salah satu bangunan kat situ :)


Yang pakai pink-pink comel ni Tin2! :D


Suasana kat salah satu jalan kat City :)


Nampak tak statue kat tengah tu. Tu orang wooo. 
Takut nak dekat dengan dia. Hehe.


Cuba teka apa ni :D


Bahagian ayam kat English Market.
Kalau nak beli ayam halal bukan kat sini ya :D


Queen pernah datang situ!


Ada orang tengah shooting time ni. Hehe.


Cantik kan dia? :')


Haaa, ni la bihun singapore kitorang. Wakaka :P

Okay, sekian tu saje dari saya. Haha. Lain hari jumpa lagi! ;)