Wednesday, July 20, 2011

Ayam Masak Madu Berempah

Resipi diilhamkan dari ibu tersayang :)

Bahan-bahan

Untuk diperap/dikisar:
  1. Ayam (untuk resipi ni, ratio bahan-bahannya adalah untuk satu ekor ayam)
  2. Bawang besar (4 biji)
  3. Bawang putih (4 ulas, bukan 4 biji!)
  4. Halia (sebesar ibu jari)
  5. Rempah kari daging Baba's (2 sudu besar)
  6. Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
  7. Ajinomoto (1 sudu kecil)
  8. Garam (1 sudu kecil)
Untuk ditumis:
  1. Bawang besar (2 biji)
  2. Bunga lawang (separuh bunga)
  3. Bunga cengkih (3 batang)
  4. Pelaga (3 biji)
  5. Kayu manis (sebesar 1 ruas jari manis)
  6. Daun kari (satu batang)
  7. Cili merah kisar (dua sudu besar)
  8. Sos tomato/ Tomato kisar (4 biji)
  9. Gula perang (1 sudu besar)
  10. Garam & ajinomoto (secukup rasa)
  11. Madu (3 sudu kecil)
  12. Daun ketumbar (1 pokok)
Langkah-langkah

Perap:
  1. Potong dadu bawang putih besar, bawang putih & halia. 
  2. Kisarkan sehingga jadi pes (jangan lupa letak sedikit air dalam pengisar sekali dengan tiga bahan-bahan tadi).
  3. Tuangkan pes tersebut ke atas ayam & gaulkan.
  4. Letakkan rempah kari daging Baba's, serbuk kunyit, Ajinomoto & garam. Gaulkan.
  5. Perap ayam selama 30 minit.
  6. Setelah 30 minit, goreng ayam sehingga betul-betul masak. Pastikan api sederhana bagi memastikan ayam tidak mentah di dalam & hangus di luar.
*Nota: Jangan buang bahan perapan. Bahan perapan boleh digunakan untuk dicampur dengan bahan-bahan lain semasa menumis.

Tumis:
  1. Panaskan minyak & ambil bekas-bekas minyak ayam yang telah digoreng (orang panggil benda ni tahi minyak). Tujuannya untuk menjadikan masakan lebih sedap. *Hehe, macam nak buat jampi pulak* :P
  2. Masukkan bahan-bahan untuk ditumis (bawang besar, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga & kayu manis).
  3. Masukkan daun kari apabila bahan tumisan tadi sudah layu.
  4. Masukkan cili merah kisar, sos tomato/ tomato kisar & gula perang.
  5. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa.
  6. Tumis sehingga garing.
  7. Masukkan madu.
  8. Tutup api & masukkan daun ketumbar (tujuan tutup api untuk jadikan daun ketumbar layu-layu je)
  9. Hidangkan :)

Bahan-bahan untuk dikisar


Memerap ayam


Ayam yang sedang digoreng



Bahan-bahan untuk ditumis (pada peringkat awal)


Daun kari


Gula perang


Cili merah kisar


Tomato kisar


Madu



SELAMAT MENCUBA! :)