Tuesday, January 11, 2011

Hostel Life

Ahahahh, rasa dah macam tak betul. Ngantuk, tapi tak boleh nak tidur. Tula pasal, sape suruh minum kopi tongkat ali? -___-" Otak dah penat, badan je tak penat penat. Rasa cam nak mintak sesape cepuk muka ni bagi pengsan kejap so I can get some sleep. Nak? O_o

Bila tengah segar bugar pagi-pagi buta ni, sumpah teringat kat zaman SPM dulu. Except the fact that I don't stay up sangat pun. Hehehhh. Dulu stay up mesti nampak orang lain tengah stay up. Sekarang stay up satu kelibat pun tak nampak. Dah terperap dalam bilik sorang-sorang memanglah kan? Dulu stay up study tak sampai setengah jam, pastu duk bergayut kat bilik iron sampai 2-3 jam. Berapa round supersavers. Nangeh la, bincang aspirasi la, bina impian la. Cett, semua jadi habuk dah. Hahahhh. But I can never and will never want to forget all of this. Rindu :3

Alang-alang tengah ada mood sentimental pasal maktab ni, baik jugak tunaikan hajat kawan ni :) Teehee. Dah berkurun baru nak jawab kan? Sorry dearyyy -___-"


Hmm, okay, macam mana nak mula? Hmm. Okay siyes, memang tak boleh lupa la time kat MRSM TGB dulu. Cehhh, sengaja dibesaukan nama tuh. Banyak kenangan terindah & kenangan "terindah" kat situ. Dah keluar maktab, baru sedar betapa seronoknya sebenarnya jadi warga TGB. Though kena melalui macam-macam dugaan. Hehe. I'm never gonna forget segala roll call malam & cerita-cerita hottt kat TGB dulu. There's so much to cerita and I can take hours to write about them ;D

Life kat asrama ni, kalau tak biasa, mula mula memang rasa stress sikit sebab semua kt kena buat sendiri. Tapi lama-lama dah biasa lah. Lagi pun, for girls, isn't that good? :) Since duduk asrama lah I learnt to manage myself well. Daripada belajar cuci jamban berjemaah sampai belajar seterika Milo Fuse nak wat coklat, complete la untuk belajar survival. I entered MRSM since form 1, budak kecik cinonet lagi, memang banyakkkkk mende yang tak reti nak wat, so entering boarding school really did change my life :)

Both the boarding schools I went to, to me lah, tak la stressful pun. Kat my place takde ragging *ikut pandangan masing-masing jugak lah ragging tu didefinisikan camne* :D Tapi cam lek lek je life kat my place tengoknya. Takdela kena bangun pukul 4 pagi, cuci jamban guna berus gigi tiap-tiap hari. Eh memang I'm into jamban kan. Kat kolej pun memang keje suka cuci jamban. Haha -__-"

Masa kat MRSM Lenggong dulu, I tried out to become an LDP, Lembaga Disiplin Pelajar *keh keh, nama nak gempak*. LDP tu pengawas, tapi orang suka panggil mawas. Sob sob. Haha :D But I personally dun mind pun sebab masa dulu pun my perangai dua kali lima je kawan-kawan lain. Hehe. Kadang-kadang tu adalah rasa bersemangat LDP sikit, tapi most of the time, I just stuck to my perangai budak budak :P Hah, one thing, time jd LDP dulu, memang tak boleh lupa la time saje-saje tangkap budak-budak nyorok time roll call. 5-6 orang sekali macam sardin tahan nafas balik pintu. Kikiki. Comel la korang :D

Masuk MRSM TGB pulak, I changed my preference. I joined EMC, English Motivational Committee, which is a whole lot different than LDP. I really had the chance to be kanak-kanak ribena! Seriously kat asrama, overall, memang banyak chance untuk serlah bakat & express ourselves. It's very good lah. Personally, I will always say that being an EMC memang pengalaman terbaik! :) Saying all this makes me miss all my teachers and friends a lot :(

Bab study, study kat MRSM memang kondusif for me. Why? It's because u kinda can choose ur study style. Ada yang suka study tengah malam, tengah padang, atas atap, bawah meja. Yang lain tu lain pulak. Macam-macam la. Ramai je kot tak ikut sangat lights off semua, lagipun ktorang tinggal bukan dalam dorm, ikut bilik. Ntahlah, seriously, tak stressful sangat lah MRSM :)

At MRSM, one of the best part is masa exam nak dekat. Bilik guru memang penuh. Meriah macam sambut Thaipusam. Dulu muka ni memang muka FAIL add maths. Sebesar-besar F tu ada kat dahi ni. So muka ni la wajib kena ada kat bilik guru. Alhamdulillah berkat cikgu mengajar, dapat jugak berjaya untuk add maths dalam SPM. That's the magic of studying kat asrama which I can't really understand, sampai sekarang :)

Okay I'm tired. Harap boleh tidur pasni. Rasa macam banyak je lagi yang boleh cerita tapi otak dah berhenti berfungi. Karat da mali. Okay, memang bosan sangat tak boleh tidur la kan sebabnya tulis ni. Memang merapu. Haihhh. Nite :)